Monday, 19 November 2012 | 08:05 | 0 comments

WANITA PERKASA
wanita perkasa bukanlah membawa maksud wanita badang, ganas, kuat atau seumpama dengannya. wanita perkasa bagi sudut pandangan ku ialah wanita yang selalu tabah menghadapi segala cabaran hidup yang diberikan kepadanya. seluruh dunia menyanjung tinggi kaum wanita. utara ke selatan berbicara tentang hebatnya menjadi seorang wanita. ya! ini adalah fakta. aku juga berasa berbangga. kita sentiasa dimuliakan wahai wanita. pelbagai kata pujangga ditulis sasterawan, melambangkan wanita .
" perempuan hatinya lembut . selalu memaafkan orang yang telah menyakiti hatinya, walaupun hatinya sering terluka "
# syukur. Allah menjadikan wanita seorang yang lembut. bukan saja pada hati malah pada sifatnya, pada perlakuannya. bersyukurlah.
" pabila perempuan menangis, itu bermaksud dia sedang meluahkan segala rahsia hati melalui mata . selagi dia pendam, selagi itu dia akan terseksa "
# subhanallah. seteguh karang hati mu wahai wanita. tidak terbanding lagi.
" wanita yang kuat ialah seseorang yang menangis pada waktu tidur mengenangkan pelbagai masalah. dan bangun dengan senyuman pada wajah mereka "
# sesungguhnya wanita seperti ini amat cekal hatinya. berusahalah menjadi seperti itu.
" wanita yang selalu berkata ' saya tak apa-apa, saya ok je ' , walaupun ketika itu dia sedang mengesat air matanya. itu lah wanita yang kuat.
# alhamdulillah. aku wanita kuat.
percayalah, Allah mencintai kamu wanita ketika kamu tidak memiliki cinta dunia. kamu sentiasa disayangi dan dilindungi.
wanita perkasa menakluki dunia. namun, sehingga detik ini, ku hanya bisa menemukan satu. seorang wanita perkasa yang sangat hebat pekertinya, wanita agung yang sentiasa aku muliakan. wanita yang telah lama aku kenali sejak aku menjejak dunia. tiada pengganti, tiada tandingan. doa ku agar beliau menjadi penghuni syurga firdausi. terlalu beruntung kerana aku memilikinya. beliau ialah IBU ku. yang melahirkan ku.
ibu. ibu. engkaulah ratu hati ku.
love you so much, ibu!
![]() |
NORWANA BT MD ALI |
IBU & AKU |
ABAH (EN.YAHAYA BIN MAJID) & IBU |
